boleh tahan jugak aku membaham sarapan kat kedai abg zul jap tadi.. nasi belauk, keropok lekor, telur mata dan teh tarik.. walaupun takde lah sesedap nasi belauk kedai nasi belauk no 1 dalam Malaysia kat kampung aku tapi kira ok la.. rasa tu ada dan yang paling penting ianya telah membuatkan aku kenyang dan aku syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan.. apa lah agaknya saudara-saudara kita kat Palestin sarapan ya?? haaa.. sekarang kita berbalik kepada tajuk yg aku nk cerita ni.. malam tadi aku ada tertengok iklan pasal promosi yang dibuat Air Asia kat tv sambil layan cerita dengan mem.. dia cakap bermula 2 April kul 12.01 pagi promosi akan start.. so aku apa lagi tunggu je la sebab waktu tu dah dekat2 kul 12 jugak dah.. dan bila sampai je kul 12.01 aku terus layari AirAsia.com untuk usya tiket ke Guangzhou pada bulan Jun ni.. macam biasa.. leceh la jugak kalo awal2 promosi nk tembus masuk ke laman AirAsia ni.. mcam hampeh pun ada rasa.. tapi aku usaha gak..dan berkat usaha aku mlm tadi so dapat la tiket pergi balik dengan harga RM457!! mana nak dapat KL-Guangzhou dengan harga tu??? rezeki lagi..Alhamdulillah.. berjimat cermat amalan kita...hehe
ke Guangzhou?? aku nak buat apa kat sana? aku beli tiket untuk seminggu lepak kat sana.. nak buat apa?? haa... sebelum tu aku nak bagitau sikit yang aku pergi ke sana seorang diri!! ya.. sorang diri dan ini adalah buat julung2 kalinya aku ke luar negara tanpa ada kawan yang ikut.. travel agen?? jauh sekali sebab aku sangat tak suka ikut travel agen..x mencabar langsung! hehehe... berani jugak eh nak pergi sorang2? seminggu plak tu... alahh..bagi aku benda tu xder masalah apa pun.. aku ni orang yang berapa ribu dah dalam Malaysia ni travel sorang2.. orang lain boleh dan ok je takkan aku x boleh kot.. aku lelaki bukan perempuan.. lelaki mesti kuat.. x semestinya minum kopi kuat baru nak kuat kan.. lepas beli tiket baru aku terpikir apa yang perlu aku bawa eh?? passport dah ada.. duit ada la sikit cukup la nak guna kat sana nanti.. visa?? haaa.. ni kena buat..oh leceh kena pergi KL..kat sana je ada China Embassy..xpe pergi je nanti lagipun lagi 2 bulan nak berangkat bukan esok.. huhu.. kenapa aku pilih untuk pergi sorang? sebab aku nak tangkap feel travel sorang2..(padahal member yg janji nk pergi sekali x jadi ikut...hahaha)...
Guangzhou... Kota Pemborong dan world factory..ni bukan aku cakap tapi memang satu dunia dah tahu.. ini fakta! bahkan amerika syarikat sendiri mengakui secara tidak langsung tentang kehebatan China dari segi world factory sekarang ni mengikut tindakan import barang terbesar yang mereka buat saban tahun.. haa.. dan aku pula kenapa nak kesana?? nak borong apa?? jawapannya xde la nak memborong sangat.. aku nak jalan2 je kat sana.. nk usya2 dari dekat tengok sendiri sehebat manakah Guanzhou yg orang duk cerita tu.. terasa nak juga pergi melawat maqam saad bin abi waqas..sahabat nabi yang membawa Islam ke china.. hmm.. dan bohong lah pulak rasanya kalo aku kata aku pergi semata2 nak jalan2 kan..aku pun ada la plan sikit2 nak beli barang kat sana..untuk balik jual kat sini.. sambil menyelam, sambil minum air orang kata.. jgn mati lemas sudahh... ramai dah orang kita kaya dan berjaya dengan berniaga barangan dari china ni.. kita bila lagi?? sampai bila nak jadi pembeli setia?? bangun pagi, balik petang.. dapat gaji bayar hutang!! best ke camtu?? huhu jom la kita berniaga kawan2.. financial freedom wajib kena target bagi aku la.. korang pula camne??
dah 2 bulan rasanya aku duk buat research pasal Guangzhou ni... haa aku ni jenis tak suka buat sesuatu membabi buta walaupun benda tu kecik aku akan study dan kaji gak...jenis spesis aku kot.. aku rasa banyak lah juga maklumat yg aku dah dapat untuk persediaan ke sana... usya lama dah tiket je baru beli sebab baru ada promo...dapat pulak yg murah hoho!! apa yang dapat aku kongsikan kat sini.. kat sana nanti aku kene standby siap2 tulisan dalam bahasa cina untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi untuk ke lokasi yg perlu pergi dengan teksi sebab orang sana agak kureng bahasa inggeris.. selain teksi.. pilihan utama pengankutan kat sana nanti ialah Metro.. metro ni macam LRT kat tempat kita la... aku dah muat turun siap2 dah Metro Map.. nak pergi mana ikut line mana nak beli tiket camne.. haaaa.. minima la sikit kesusahan aku nanti kan?? hehehe.. banyak juga lah persediaan lain yang aku dah buat sebenarnya.. nak list down kat sini ke?? haa lain kali laa aku buat satu entry cerita detail punyer ok... nak lagi best lepas balik dari Guangzhou nanti baru aku cerita baru ada umpss..!! Apa la agaknya pengalaman dan situasi yang aku akan hadapi selama seminggu seorang diri kat sana nanti ya?
kita sambung lagi nanti... wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan